Tutor Terms and Agreement
Sila baca dan tandakan persetujuan sebelum meneruskan pendaftaran.
Saya bersetuju bahawa segala maklumat peribadi yang diberikan adalah secara sukarela dan akan digunakan oleh pihak syarikat untuk tujuan pengurusan, pentadbiran dan operasi tutor sahaja. Maklumat tidak akan didedahkan kepada pihak luar tanpa persetujuan saya kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang.
Saya bersetuju untuk membaca, memahami dan mematuhi semua polisi, peraturan, garis panduan dan prosedur operasi syarikat dari semasa ke semasa. Saya memahami bahawa kegagalan mematuhi polisi boleh menyebabkan tindakan tatatertib diambil.
Saya bersetuju untuk menjaga kerahsiaan semua maklumat syarikat termasuk maklumat pelajar, ibu bapa, kakitangan, operasi, modul, sistem dan dokumen dalaman. Saya tidak akan mendedahkan, menyebarkan atau menggunakan maklumat tersebut tanpa kebenaran bertulis daripada pihak pengurusan sepanjang tempoh perkhidmatan dan selepas tamat perkhidmatan.